Inspirasi Dari T. Harv Eker

Saturday, July 31, 2010

Dalam video ni, T. Harv Eker memberikan kita tips bagaimana nak berjaya. Kenapa kita tau kita kena buat sesuatu ni, tapi kita tak buat? Apa sebabnya? Apa yang menghalang kita dari melakukannye? Dan apakah seharusnya yang kita perlu buat untuk berjaya.

Ni I ada tuliskan singkatan video ni dalam Bahasa Malaysia.


<a href="http://www.linkedtube.com/TziD_Ctk8Nc312cfc4ba9c95138af2e7bac59cfd319.htm">LinkedTube</a>


Proses untuk menghasilkan sesuatu adalah mengikut formula ini...

Pemikiran +Emosi + Tindakan = Hasil

Pemikiran dan Emosi adalah bahagian dunia dalaman (kalau lain macam jek bunyinya, I minta maaf eh. Ini main direct translate... hehehe) manakala Hasil adalah dunia luaran. Jadi yang penting di sini untuk medapatkan hasil yang kita inginkan adalah TINDAKAN yang kita ambil. Tindakan adalah jambatan dari dunia dalaman ke dunia luaran atau dunia sebenar.

Seberapa lama pon kita memikirkan sesuatu atau merasa sesuatu, jika kita tidak mengambil apa2 tindakan.... tiada hasil yang akan kita dapat.

Apakah penyebab kita TIDAK melakukan TINDAKAN yang kita tahu kita perlu ambil?

Jawapannya ialah KETAKUTAN atau GENTAR.

Apakah maksud KETAKUTAN?

Ketakutan adalah antisipasi/pengharapan mendapat kesusahan/kesakitan.

Kerisauan atau antisipasi ini adalah berkenaan dengan MASA HADAPAN, bukan SEKARANG.

Adakah ia BENAR? Atau Khayalan?

Contohnya HARI ESOK. Hari esok hanyalah di dalam kepala kita. Sama seperti ketakutan yang kita risaukan hanyalah di dalam kepala kita. Ia tak wujud.

Perkataan kegemaran pemikiran kita adalah "WHAT IF" atau "Kalau lah"

Rahsia untuk KEBEBASAN ialah... Kita tak perlu percaya apa yang kita fikirkan, apa yang suara dalam kepala kita ni katakan kepada kita.

Kita kena jinakkan ketakutan. Kita tak perlu hilangkan ketakutan kita untuk berjaya dan jadi kaya.

Semua yang berjaya ada rasa takut, cuma mereka buat aje.

Rasa Ketakutan Dan Buat Sahaja.

Kunci kejayaan adalah latih buat tindakan walaupon kita takut atau kita hadapi pelbagai rintangan.

Berlatih dan Buat Sahaja.

Terciptanya Blog Dari Papa Ke Kaya

Friday, July 30, 2010

Kepada kengkawan yang mempunyai tujuan yang sama (untuk hidup bebas tanpa perlu risau pasal hutang dan esok kena ke pejabat)...

Di sini (blog ni lah), I akan share maklumat tentang cara2 dan tips2 untuk berjaya dan meneruskan kehidupan kita walaupon beribu kali asyik gagal aje....

Kalau nak cakap pasal kegagalan... I memang expert... kalau masuk university amik subjek kegagalan, I lah top scorer dan dah dapat gelaran Prof. Madya.

Tapi apa yang I belajar dari orang2 yg memang dah berjaya... dia org ni memang banyak kali gagal... ada satu pakar motivasi ni kata (tak ingat siapa lah), kalau kita nak cepat berjaya, kita kena cepatkan kegagalan kita... lagi banyak kita gagal maknanye lagi dekatlah kita dengan kejayaan (Yahoo! I dah nak berjaya!)

Macam si Eben Pagan yg dalam video ni, dia ni dulu bukan jutawan... dia dulu duduk kat rumah treller jek.

Macam mana dia jadi kaya sakan dari papa kedana? Dia jual buku kat Internet pasal cara nak mengurat awek. Now ni u cuba tengok mamat ni.... kellasssss... Meh kita tengok apa tip kejayaan yang dia nak share dalam video ni...



<a href="http://www.linkedtube.com/TziD_Ctk8Nc312cfc4ba9c95138af2e7bac59cfd319.htm">LinkedTube</a>


Berikut adalah singkatan apa yang si Eban Pagan ni cakap yang telah dialih bahasa:

"Cari orang yang telah berjaya buat apa yang you nak buat, dan kemudian belajar daripada mereka. Ikut mereka. Baca apa yang mereka baca.

Tony Robbins kata Kejayaan Meninggalkan Klu (clue, tak bley nak pikir skarang ni clue ni apa dalam b. malaysia)

Lihat dan kaji clue2 yang buat mereka2 ni berjaya dan ikut serta buat benda yang sama, berkali-kali... teruskan. Dan akhirnya you juga akan berjaya seperti mereka"

~ Eban Pagan

Sekian terima kasih. Ada apa2 komen?